Home / Berita / Program Pembangunan Kemahiran dan Teknologi di Politeknik TEDC Bandung

Program Pembangunan Kemahiran dan Teknologi di Politeknik TEDC Bandung

Source : http://www.ilpkls.gov.my/index.php/component/content/article?id=194:program-pembangunan-kemahiran-dan-teknologi-di-politeknik-tedc-bandung

Tarikh : 27 September 2019

Pegawai-pegawai dari ILP Kuala Langat telah mengikuti Program Pembangunan Kemahiran dan Teknologi di Politeknik TEDC Bandung pada 27 September 2019 yang lalu. Kehadiran pegawai-pegawai dari ILP Kuala Langat telah disambut oleh Direktur Politeknik TEDC, Drs Sueb dan Koordinator Kerjasama Luar Negeri, Drs Rudi. Melalui program ini, kedua-dua pihak telah berkongsi pelaksanaan program dalam bidang komputer dan jalinan kerjasama yang boleh dibentuk di antara kedua-dua pihak. Pn. Ade Yuliana, Sekretaris Program Studi Teknik Komputer dan En Mamay Syani, Ketua Unit Pelaksana Teknis Lab Komputer telah membawa pegawai-pegawai ILP Kuala Langat melawat persekitaran pembelajaran di bengkel Teknik Informatika dan Teknik Komputer. Mereka juga menerangkan berkenaan kaedah pelaksanaan Cisco Academy di Politeknik TEDC.

 
 
 
shared on wplocker.com