Home / Beasiswa / Mahasiswa Alat Berat Training di Malaysia

Mahasiswa Alat Berat Training di Malaysia

CHEMBONG, 9 MAC 2015 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong  mencatat  sejarah tersendiri apabila menerima 10  pelajar dari Polytechnic TEDC Bandung, Indonesia sebagai pelajar baharu bagi bidang Teknologi Jentera Berat (TJB).

 

CHEMBONGTED

 Ini adalah lanjutan dari kerjasama yang terjalin di antara IKBN Chembong dan Polytechnic TEDC Bandung. Para pelajar ini akan belajar di IKBN Chembong selama satu bulan mulai 8 Mac hingga 3 April 2015.  Mereka juga akan dilatih untuk menyesuaikan diri sebagai pelajar IKBN Chembong di sepanjang program ini berlangsung.

Menurut  pegawai pengiring pelajar Polytechnic TEDC Bandung, Rudy M Simorangkir,  ini, beliau amat berterima kasih di atas kesudian pihak IKBN Chembong untuk menerima pelajar-pelajar  ini. Ini adalah satu usaha baik dalam meningkatkan kemahiran di kalangan pelajar-pelajar Polytechnic TEDC Bandung ini. Beliau mengharapkan pelajar-pelajar ini akan menjalani latihan di IKBN Chembong dengan baik.

Selepas sesi pengenalan, Rudy.M.S melakukan simbolik  penyerahan pelajar kepada IKBN Chembong yang  diwakili  Mohamad Zohari  Tan. Mereka kemudian dibawa melawat bengkel-bengkel di IKBN Chembong bagi melihat suasana pembelajaran di IKBN ini. Mereka kemudian  ditempatkan di bengkel Teknologi Jentera Berat bagi mempelajari dengan lebih mendalam bidang tersebut.

Oleh: Shah Rizal b Ruslan ( IKBN Chembong )
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my
 
 
 
shared on wplocker.com